Thursday 14 February 2013

Sedikit Tips untuk anda yang Stress


Semasa type ni..MissBlogger sedang menghadapi stress yang kalau ditraslatekan ke bahasa Melayunya Tekanan!

okay untuk itu siapa yang sedang membaca dan sedang stress tu..Jum kita  teroka apa yang patut kita lakukan untuk hilangkan stress.

Stress ini sebenarnya ada bagus dan baiknya.
Apabila kita stress produktiviti kita tinggi dan masa nilah peluang kita untuk betulkan keadaan.
Tak faham??

contoh macam ni..Apabila kita menghadapi peperiksaan ..pastinya kita akan stress..betol tak ? Jadi katakanla sebulan sebelum exam..stress kita pada tahap ini sangat2 menurunkan mood kita ,aktiviti kita dan lain-lain sampai tak lalu makan..tak lalu tido...tapi napabila exam semakin dekat..mungkin lebih kurang 2 minggu..kita sudah dibiasakan dengan stress.Time nila produktiviti kita meningkat mendadak..haa..time ni la kita pulun baca buku tak tdo malam..study..study..study...idea datang membuak2..dan paling best kita memang akan rasa stress itu sangat membantu kita ..Push kita untuk belajar.

Tapi kadang2 stress menyebabkan kita terlampau depress sampai tahap  nak bunuh diri..itu kena elakkan la sangat2.

tips2 ini mungkin membantu :



1) Hadapi masalah tersebut- Kita mesti berani hadapi masalah tersebut. Jgn sesekali lari drpd menghadapinya. kerana ia akan tetap membelenggu kita. Jika kita berani menghadapinya secara tak langsung kita akan dpt membuka jln penyelesaiannya.
2) Tarik nafas dalam-dalam.
- Otak kita memerlukan oksigen utk berfikir. Apabila oksigen dlm otak & badan kita cukup, maka kita boleh berfikir dgn waras. Selain itu, ia boleh membuat hidup kita lebih bersemangat. Oleh itu, cari tempat yang lapang dan sunyi untuk kita hilangkan stress kita kerana otak kita memerlukan oksigen yang mencukupi.
3) Tutup mata sebentar & imbas kembali kenangan2 indah 
- Melelapkan mata sebentar dapat merehatkan minda kita. Kita jadi lebih relax & dpt semangat baru. Jadi kerja yg kita buat akan menjadi smooth & lebih ikhlas.
4) Sentiasa berfikiran POSITIF. 
- Berfikiran positif amat penting dlm setiap tindakan kita. Apabila kita berfikiran positif maka kita dpt menempuh halangan yg mendatang dgn yakin.
5) Lapangkan minda dgn melihat alam.
- Sekiranya fikiran kita berkecamuk, cubalah luangkan masa dgn membawa diri atau keluarga bersiar-siar melihat alam. Keindahan & ketenangan alam boleh mempengaruhi psikologi kita. Jgn tak tahu..bila kita melihat kehijauan alam spt keindahan sawah padi yg menghijau, ia juga boleh menyihatkan mata kita.Kadang2 kita perlu melepaskan stress kita dengan meluahkan melalui jeritan atau lepaskan nafas dengan kuat..agar stress dapat dikeluarkan dari diri anda.
6) Berwuduk.
-  Apabila kita tgh menghadapi kekusutan secara automatik, otak kita tak berfungsi dgn betul iaitu kita tak dpt berfikir dgn baik dan waras. Kita akan selalu terburu-buru &; seringkali membuat kesilapan. So, dengan ambil wuduk dan berserah kpd yg Esa secara tak langsung kita akan jadi lbh baik, hati lebih tenang .
#kadang2 stress menyebabkan kita rasa nak marah..jadi apabila rasa mara hendaklah duduk jika berdiri..dan beristiqfar kepada yg Esa dan ambil wuduk sekiranya bara marah semakin membuak kerana air wuduk dapat meng'cool' kan diri anda..

p/s : MENGINGATKAN DIRI SENDIRI JUGA.

No comments:

Post a Comment