Wednesday, 13 February 2013

korean women



                                                       nak tahu kenapa korea cantik2?????

plastik surgery!!


#patutla semua kulit licin ta bejerawat...

cycle of life korang?

 agak2 korang yang mane,,dan masa depan korang???

#just for fun....

What u use the tv for???

agree?

Tuesday, 12 February 2013

Dilarang membuang sampah .Kalau tidak anda kurang ajar .

Sila lah buang sampah di sini kalau rasa diri tu kurang ajar. =)


Haha..bila tengok gambar ni rasa nak ketawa je.
apa pendapat anda kalau kita tukar papan " dilarang membuang sampah disini denda rm500"  kepada
"saya kurang ajar suka buang sampah di sini"?

selama bertahun2 kita lihat papan tanda merata  bg amaran denda..tapi Manusia tetap tidak berubah,tempat dilarang itulah menjadi tempat mereka lagi suka membuang sampah..betul tak?
Langsung tidak hiraukan akan pencemaran yang berlaku .

Apabila kita membuang sampah di sekitar sungai..agaknya apa rasa bila kita dimandikan dengan air yang tercemar itu???
dan jika kita rakyat tak menjaga kebersihan negara kita .siapa lagi.??
sudah tentu tempat yang kotor menjadi sarang penyakit  membiak.

bagaimana agaknya untuk menyedarkan masyarakat kita ini??
Perubahan demi perubahan harus kita lakukan.

Bila mat salleh lalu tepi longkang or tepi sungai...sampah merata-rata sedangkan tong sampah masih kosong.
mesti dia geleng kepala melihat keindahan negara kita dicemari oleh samapah ini. dan apabila ditanya "why are these people trowing their rubbish all over the place?" apa agaknya kita menjawab??


sengeh jela ye. ke nak jawab
"er.. this are the art to love our nature'' ?


so yup...kita perlu perbaiki diri kita untuk lebih mencintai negara kita terutama sebagai umat Islam ..kita kena lah jaga alam ciptaan Allah SWT .
jangan kita pula rosakkannya..
 p/s renungkanlah...

hipotesis : semakin bersih hati...semakin kuat iman... =)

FACEBOOK LANCAR 'Graph Search'


MENLO PARK (California): Facebook hari ini melancarkan enjin carian, ‘Graph Search’ bagi membantu pelanggannya mengetahui aktiviti yang dilakukan kenalan pada rangkaian sosial terbesar itu selain Google Inc dan enjin carian lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata ia bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat tambahan di Facebook yang tidak terdapat pada enjin carian web lain seperti Google. 
“Facebook adalah laman rangkaian sosial yang mempunyai pangkalan data besar. Sama seperti mana-mana pangkalan data, anda juga boleh membuat sebarang pertanyaan,” katanya ketika mengumumkan enjin carian baru yang dikenali ‘Graph Search’, di sini. 


Facebook dalam satu kenyataan berkata, usaha terbaru ini tidak seperti carian web tetapi ia adalah kaedah untuk mencari maklumat tertentu yang disimpan dalam arkib rangkaian dan kandungan kenalan anda.

“Setiap kandungan Facebook mempunyai pengguna tersendiri dan sebahagian besar kandungannya bukan untuk tatapan umum. Kami membangunkan Graph Search bermula dengan memikirkan hak privasi dan dapat menghormati hak pengguna dan kenalan terhadap kandungan yang dipaparkan di Facebook.

“Ini membolehkan proses mencari maklumat baru lebih, tetapi anda hanya boleh melihat kandungan yang dibenarkan ketika ini di Facebook,” katanya.

Zuckerberg berkata, Facebook juga akan menggunakan perkongsian kandungan dengan enjin carian ‘Microsoft Bing’ sebagai langkah terbaru bagi mencari kandungan yang ditempatkan di luar rangkaian sosial berkenaan. 
“Saya tidak fikir ramai pengguna akan melayari Facebook semata-mata untuk melakukan carian web tetapi apa yang boleh dinyatakan ialah enjin carian ini sangat bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang untuk bekerjasama dengan Google tetapi Microsoft lebih bersedia untuk mewujudkan enjin carian itu dengan Facebook.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada rangkaian sosial itu adalah termasuk ‘friends who live in my city’, ‘people from my hometown who like hiking’, ‘friends of friends who have been to Yosemite National Park’, ‘software engineers who live in San Francisco and like skiing’, people who like things I like’ atau ‘people who like tennis and live nearby’

Zuckerberg berkata, platform ini bertujuan membolehkan pengguna mendapatkan sebarang data atau pertanyaan yang mereka mahu.

“Kami tidak mengindekskan di web ini, kami cuma mengindekskan peta pada enjin carian ini,” katanya.

Beliau berkata, fungsi baru ini membawa kembali kepada matlamat asal Facebook bagi membantu pengguna mewujudkan rangkaian baru.

“Ketika pertama kali dilancarkan, perkara utama yang kerap digunakan pengguna pada laman web ini adalah mencari maklumat, mengenali individu lain dan menambah kenalan baru,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Teknologi, Jeff Kagan, berkata Graph Search mengembalikan tujuan asal Facebok bagi membolehkan pengguna mengakses enjin carian ini sebagai platform menambah kenalan baru.

Beliau berkata, langkah terbaru itu dijangka memberi cabaran hebat kepada Google.

“Jika saya pemilik Google, saya melihat ini sebagai satu amaran hebat daripada Facebook untuk tunduk kepada mereka. Ini bukan satu serangan serta merta tetapi untuk pada masa akan datang.

"Mampukah Facebook mengubah dunia enjin carian? Jika jawapannya ya maka ini adalah ancaman terbesar kepada Google,” katanya.

Penganalisis Pusat Penyelidikan Forrester, Nate Elliott pula berkata, inisiatif Facebook ini bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai pengguna terbabit dalam rangkaian sosial itu.

“Apa yang membimbangkan adalah andai enjin carian Facebook ini gagal berfungsi dengan baik pengguna tidak mampu menambah rakan atau jaringan mereka... rangkaian peribadi mereka akan menjadi kurang aktif dari semasa ke semasa,” kata Elliot.

“Namun, apa yang mungkin akan berlaku adalah... kami tidak pernah melihat pertambahan rakan secara ketara setiap pengguna ketika ini. Graph Search dilihat mampu menggalakkan pengguna untuk menambah lebih ramai kenalan dengan lebih cepat.

“Ini bermakna rangkaian peribadi pengguna berubah lebih kerap dan menjadi lebih aktif. Ini adalah kejayaan terbaik kepada Facebook,” kata Elliot. - AFP(

( INFO DARI :  Berita harian online)

hipotesis : Semakin maju facebook..semakin ramai facebooker .. (kaya la deme)

Saturday, 25 February 2012

CinTa....





Cinta...
apa yang kita tahu tentang cinta???
Sesungguhnya cinta itu makhluk Allah s.w.t ..Kita yang kena bajakannya...
Sesungguhnya kita tidak sedar akan pemilik Cinta yang sebenarnya.,

Kadang-kadang kita tak sedar akan hadirnya cinta..Cinta itu Anugerah yang Allah Berikan pada kita...
Kadang-kadang kita lupa bahawa kita terlupa unutk meminta berdoa kepada pemilik cinta agar diberikan cinta..
Contohnya,jika kita mencintai seseorang..haruslah kita berdoa agar cinta kita itu diterima oleh penerimanya dan orang itu juga akan mencintai kita.

Cinta kitu fitrah...

Tapi cinta itu akan lebih indah jika disemai melalui nikah..
mengikut tuntutan yang disarankan..
Insyaallah Cinta itu akan lebih indah..


Pada mereka yang sudah bernikah..
Bajala,,,semai la cinta itu,,
Pada mereka yang sedang mencari cinta..ingatlah..kita perlu meminta dari pemilik cinta ..
baru kita dapat cinta sejati yang dicari...
Istikharah....
Insyaallah....
Jika kita nak cari pasangan yang baik...
Baik kan diri kita dahulu..
Barulah kita dapat apa yang kita mahukan..
Jodoh sudah pastinya menjadi rahsia Allah...

Yang buruk itu datangnya dari kita sebagai manusia..
Dan yang baik itu...datangya dari Allah s.w.t ..